Jumaat, 13 Jun 2008

Belalang Goreng

Mungkin ramai ta tahu, belalang goreng merupakan lauk yang paling best... dulu la, sekarang kalau ada lagi, ntah makan ke tak?.. Kumpulan 4 ke 7 orang akan berpakat untuk turun ke sawah untuk menangkap belalang hijau (belalang padi). Selalunya aktiviti ni dilakukan waktu malam, ntah kenapa tak tahu lak aku.... macam tak boleh...Peralatan yang digunakan ialah tangguk jaring, ala-ala tanggung ikan. Hanyun je kat pokok padi tu gerenti dapat punya... Tapi ingat jangan kat pokok keladi pulak.. ada belalang gak.. tapi gatal weh. Botol atau pun bekas yang dibuat daripada beg plastik dan diletakkan buluh sebagai pintu (mulut), masukkan belalang dalam bekas tu.

Tapi perkara yang paling penting ialah pelita, kalau tak de tu jawabnya merabala dalam gelap. ada juga dia orang cerita masa menyuluh belalang tu, ada lah nampak api pelita kat hujung sawah... tapi orangnya tak de, nak tumpang sekaki kot... ntahla tak pernah pulak aku jumpa tu...

Bila sampai rumah, selalunya lewat malam... goreng la dulu belalang tu, secukup rasa saja.. ala macam kita salai daging ke ayam ke... belum boleh makan lagi. Besoknya kita orang pakat-pakat bersihkan belalang tu, buang sayap dia buang apa yang patut la.. baru lah digoreng ala rendang gitu. Ambik masa juga nak goreng ni... liat juga belalang ni.

Apa tunggu lagi, makan dengan nasi la.. peh... sodap, tak payah lauk lain lagi. Tapi jangan belalang yang besar, dah lah keras.. rasanya ntah apa-apa.. kalau sapa-sapa nak cuba, try lah tanya kat mak... Kalau orang kelantan ok la jawabnya... "mana nak cari?", tapi kalau orang KL atau sewaktu dengannya ntah apa la jawabnya... "buang tabiat ke budak ni.."

3 ulasan:

PoqMat berkata...

Cerita bab rendang belalng nie memang nostalgia. Susah nak cari sekarang. Buat rendang belalang hijau nie dengan pucuk ubi, buat pulak kering-kering ... fulamak. Tapi mak buat la

TENGGILING TANAH berkata...

Tapi rasa dia, aku tak ingat la.. macam apa ya. Macam belalang la kan....

PEMILIK HOMESTAY: berkata...

Belalang digoreng garing dengan santan kelapa biar sampai ranggut...sedap di makan dengan ketupat pulut...zaman bebudak dulu ratah begitu saja...lazat! Rasa dia susah nak cerita...kena cuba baru tahu...

Minta izin tuan rumah nak iklan Homestaydipuncak.blogspot.com