Selasa, 24 April 2012

Masihkah Kau Ingat : Sekolah Menengah

Lamanya aku tak jengok blog ni. Tetiba aje semangat datang balik nak sambung balik cerita di Sekolah Menengah Bukit Jawa. Satu perkara yang sangat berbeza masa tu, ialah budaya jalan kaki ke sekolah. Seronok sangat gi sekolah jalan kaki walaupun ada basikal masa tu. Jauhnya lebih kurang 1-2 batu kot dari rumah aku. Kebanyakan pelajar sekolah masa tu lebih suka jalan kaki, bahkan ada yang tinggal agak jauh seperti lebih suka meletakkan basikal di rumah-rumah sekitar rumah dan jalan kaki ramai-ramai.

Bak sekolah menengah ni, aku memang kaki lambat ke sekolah. Kaki tidor bangun lambat. 2 atau  kali aku kena cucuk dengan putung rokok cik gu men... Tapi masa tu, walaupun cik gu-cik garang, tapi masalah disiplin tak la sampai masuk rekod. 

Masuk sekolah menengah baru la aku dapat rasakan bahawa aku bukanlah pelajar yang bodoh sangat, bolehlah bersaing. Masa tingkatan satu 1A1 kira aliran second class la, tapi bila naik tingkatan empat 4 Sains 1 kira first class punya aliran la. Peringkat menengah rendah ( tingkatan 1-3) aku rasa masih terlalu budak, ya la aku masuk jawi masa tingkatan 2. Tak tahu apa-apa tentang masa depan, cita-cita, nak gi ambik je beg kat mana aku letak semalam... tak terusik lansung. nak ulangkaji jauh sekali. Ingat nak bermain je lain tak ada.

Bila masuk menengah pertengahan (tingkatan 4 dan 5) baru la aku rasa seronoknya jadi pelajar sekolah. Baru lah aku kenal kawan-kawan sekolah dari kampong lain. Mula seronok belajar subjek-subjek baru seperti matematik tambahan, kimia, fizik dan biologi. Paling aku minat matematik tambahan...seronok buat kira-kira cara baru... Kelas aku boleh lah dikatakan berjaya kerana dapat menghantar 2 atau 3 orang ke oversea dan beberapa ke universiti termasuk aku ((nanti ada cerita lebih menarik masa alam universiti). 

Nama-nama yang masih aku ingat seperti arwah wan mohd nazmi, wan harisi, md nor (seli), mat rozi (bekas pelajar Australia), nazari (oversea, tapi mana...lupa), Rahimah (UTM, sama dengan aku), azman (je'man rimau), Nik Aziz dan lain-lain.... Mereka merupakan rakan-rakan pertama aku dalam pergaulan remaja. 

Masa tingkatan 4 dan 5, boleh dikatakan aku jarang tidor kat rumah. Bukan dok asrama, tapi tidor dirumah md nor (seli) dengan group study. hehehe, sebenarnya lebih banyak buat benda lain dari study. Dan mok dan chek aku tak pernah melarang, mungkin kerana dia tahu kemana aku pergi dan dengan siapa aku berkawan. Bangun pagi-pagi, balik rumah mandi dan gi sekolah. lepas magrib atau isya pergi lagi rumah kelab kami...begitu la rutin harian aku masa tu. 

Rabu, 4 Januari 2012

Ahmad bin Sidik



Kisah ini bukan untuk mengusik jiwa sesiapa atau sekadar meluahkan rasa hati yang hiba mengenangkan arwah yang telah pergi terlalu cepat sedang anak-anak dan isterinya masih memerlukan beliau. Semoga Allah akan menjadikan tempat persinggahan beliau sebagai 'raudah', iaitu taman dari surga dan mudahan Allah akan mencucuri rahmat keatas ruhnya.

Lebih dikenali dengan panggilan
'amat toh', macam orang arab mengambil nama ibu atau bapa sebagai gelaran untuk memuliakan ibu yang mengandungkannya.

Masa kecil beliau merupakan seorang yang terkenal dengan kecekapan dan ketepatan melastik burung. Setiap kali keluar melastik burung jarang beliau pulang tangan kosong, ada saja burung yang berjaya dilastik dan disembelih. Menggunakan tangan kidalnya untuk melastik memang tiada tandingan masa tu, walaupun sebenarnya beliau bukan lah kidal sifatnya.

Memasak juga merupakan bidang yang menjadi kepakaran beliau dalam keluarga kami. Emak selalu mengidamkan masak sayur air beliau. Seingat aku, m
asa kecik dia lah yang menjadi tukang masak di rumah kami, memandangkan emak terlalu sibuk menguruskan perniagaan di pasar selising.


Madrasah Sibyan AKA balasoh tidak dapat dipisahkan dalam hidup beliau bersama sahabat-sahabat sezaman. Tidur berselimutkan tikar plastik di balasoh merupakan aktiviti tetap kami pada masa tu. Nama-nama yang selalu dekat dengan beliau (sekadar menyebut beberapa nama) seperti Duel Pak Li, Mat Nor Mayat, Ajis Bulat, Mat Rhodah, Arwah Pe'i, Rohim, Pe'i, Leh, Mat Sori.....

Zaman persekolahan, tidak banyak cerita yang aku tahu cuma yang paling aku ingat ialah suatu hari di sekolah kebangsaan bukit jawa. Loceng gila dibunyikan, semua murid akan beratur di padang biasanya ada sesuatu yang penting akan berlaku. Aku lihat namanya dipanggil ke depan perhimpunan, dikenakan hukuman rotan kerana kesalahan meceroboh sangkar burung sekolah. Walaupun beliau bukanlah seorang pelajar pintar. Tetapi tahap pendidikan sampai SPM pada itu merupakan tahap pendidikan yang baik.

Dan yang paling penting untuk aku kongsikan bersama, sifat keperibadian yang tinggi seperti suka mengalah kepada adik beradik yang merupakan warisan dari arwah bapa kami, Almarhum Sidik bin Yaacob. Tiada pun tanda-tanda membenci atau dengki dengan kejayaan adik beradik. Dikalangan ahli keluarga, mungkin aku orang paling beliau sayang mungkin kerana aku lebih rapat dengannya masa kecik... kalau dia basuh pinggan aku tukang ambik air di telaga rumah wak loh dan begitulah sebaliknya... Tak mampu lagi menulis kerana air mata lebih laju dari ketipan keyboard....

Rabu, 5 Oktober 2011

Keda patti, panggung Q & keda merket

3 khazanah yang begitu sinonim dengan zaman kanak-kanak aku keda patti, panggung Q dan persekitaran keda merket yang belum diupgradekan. Mungkin kerana masa yang sempat aku nikmati terlalu singkat bersama khazanah yang 3 ni. Mungkin ada orang lain mempunyai versi mereka sendiri.

Seingat aku, hanya sekali aku menonton wayang di panggung Q. Itu pun masuk free.. ada teknik dan tektiknya, kita cuma perlu tunngu kat depan pintu panggung tu, bila ada orang dewasa masuk seorang apalagi kita pun mencelahlah dengan dia. Budak-budak tak kena tiket kot masa tu...entahlah. Masa tu aku tengok cerita 'belang bertanda'...ataupun 'loceng maut'. lupa pulak. Tapi bab promosi panggung memang klasik, dia orang akan pusing kampong mengedarkan iklan (sakela) tentang cerita yang akan main nanti. Budak-budak memang akan kejar van yang mengedarkan sakela tu. Keadaan panggung masa tu... tanah tanpa simen atau apa-apa jenis lantai pun. Tinggi dibelakang dan makin rendah kedepan. Tiket paling murah dop depan la.. Bila nak balik lepas tengok wayang tu merupakan cabaran yang paling kuat. Mana taknya, jam 11 malam. Takut kat anjing liar lain kat hantu lain... Memang rasa nak menangis sementara sampai rumah. Dan satu lagi, seingat aku mok dan chek aku tak pernah marah pulak....

Keda patti merupakan satu-satunya pusat kafeteria yang ada masa tu. Keda tepi sekali Kak Nik jaroh jual mee, abe nor jual mee jugak, tengah sikit keda dia. Yang paling special ada kedai menyediakan perkhidmatan radio gram, 20 atau 50 sen selagu-tapi aku tak berapa nak ingat keda sapa. Keda arwah abe nan pun ada jugak, tapi tak ingat lokasi dia. Satu lagi paling unik, ada keda baiki basikal diantara keda-keda makan. Meriah, memang meriah dan hidup. Pelanggan dari kg lepah membawa ke kg berangan dan gong jering selain dari pelanggan selising.

1 Kedai No.1 = Haji Mat Toso - Jual ko Pak Do Haji Soh (Kak Nik Jaroh), No. 2 = Abe Nor, No. 3=Che Loh Radio Gram - Jual ko Tok Imem Berangan, No.4 = Haji Mat Salleh (Ayah Norlie), No.5=Kedai Basikal Aden, No. 6= Mat Dan.

Keda merket atau pasar selising la ni la. Persekitaran yang awal akhir 70an. Keda jual ike diletakkan disebelah alek naik keda ada sebuah perigi yang digunakan oleh peraih ike dan penjual daging. Disebelah ilir keda ada pulak satu bangunan yang terkenal dengan juadah apong bali.k, sapa tak kenal apong pok amik. Sebelah lek jatuh pulak ada 2 perigi buta cino cabang dan cino mek su...entah kenapa perigi tu memang aku tak lupa, apa taknya selalu benar aku masuk mencari getah wak modal nak main bidah para nanti. Dihujung sebelah lek hilir sebelah lek naik warung pok amik tempat buang sampah tak resmi...ada pokok labu yang subur..kalu tak paka kasut jangan nak gi main situ...penuh dengan kaca. Dan disebelah alek hulu keda ada pulak 3 palang panjang atak jemur getah... best jugak main berabbat atas tu. Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tentang 3 khazanah ni... idea pulak tak da. Kena la imbas kenangan lamo tu....Kalau pak do ada bersama FB ni, mungkin cerita ni lebih menarik lagi.. mungkin ladin nuawi boleh sambung.

Nota: 1 Rujukan : Norlie Salleh, Terima kasih banyak.

Isnin, 3 Oktober 2011

Durian Besar Depan Rumah

Depan rumah aku ada sebatang durian besar 2 semeluk. Durian yang menjadi peningkatan tok chik. Masa musim berbuah, buah durian akan menjadi rebutan antara saudara-saudara kami di 3 buah rumah. Maknanya, bila buah luruh sapa yang cepat gi ambik buah tu dia lah yang punya.

Bestnya bila terdengar buah luruh maka berlari lah masing-masing untuk mencari buah yang luruh tu. Ada juga abang-abang aku yang buat nakal, membaling buah nyior waktu malam.. Nanti ada lah yang datang mencari buah yang tipu tu.

Satt malam hujan lebat telah menyebabkan batang durian tu patah.. lepas dari tu tiada lagi durian tu berbuah. Moral dalam cerita ni, kepekatan dalam keluarga tetap terjaga walaupun tiada perjanjian secara rasmi. Cukup cuma wasiat secara lisan sahaja. Tetapi sekarang ni, kalau tak ada hitam putih akan berlaku macam-macam karenah dalam merebut harta pusaka. Alangkah mulia dan amanahnya orang-orang zaman dulu....

Bila sakit dan demam

Hari ni aku diserang selsema dan demam. Fikiran dan memori mula menjelajah beberapa tahun dulu. Tiba-tiba terkenang pada suatu ketika di kedai selising. Masa tu aku demam. Meriah betul kedai selising masa tu. Jelas pandanganku dari pintu rumah Yu ramai orang dari segenap kampung sekitar datang berurusan di kedai selising. Hari iini ada pertandingan lumba kuda di padang selising. walaupun aku tak dapat menyaksikan perlumbaan tersebut tetapi dua tiga lepas sempat juga aku datang melihat-lihat gelagat pemilik kuda bersama kuda mereka menjalani latihan.

Meriah sungguh hari tu. Sampai sekarang pun tiap kali aku demam pasti kenangan hari tu akan bermain di fikiranku.

Selasa, 21 September 2010

Masihkah Kau Ingat II - bola awa

Riuh rendah laman rumah aku dengan gelagat geng permainan 'bola awa'. Sekali-sekala habuk tanah depan rumah berterbangan bila mereka cuba menangkap bola yang dipukul semasa pusingan pertama permainan ini. Aku bersama 4 orang kawan berjaya diundi memulakan perlawanan manakala 5 orang lagi yang menjadi lawan akan menunggu bola yang dipukul dan mereka akan cuba menangkap bola tersebut untuk 'ko' kan lawan, maknanya kami semua akan dikira mati dan pasukan lawan akan mengambil alih tempat kami. Daripada pusingan pertama, iaitu dengan membelakangkan lawan bola dilambung sikit dan dipukul kebelakang hingga ke pusingan akhir iaitu dengan menendang bola macam penjaga gol 'kuda bola'. Biasanya pusingan terakhir paling klimaks, apa taknya gerenti bola tadi akan sampai ke dalam perdu buluh rumah din wok loh.

Giliran aku 'bowwak' bola pusingan pertama. Macam mana aku buat, kalau pukul keatas mesti betul-betul kuat supaya mereka tak dapat tangkap. Nanti habis pulak kumpulan aku. Tapi aku bukannya kuat sangat, lainlah kalau mat sori atau duan pok su derani. Mereka memang kuat kalau bab memukul bola atau memeko (membaling) buah macang atau buah pauh. Aku lambung sikit bola tadi dan memukul kebawah supaya bola jatuh ketanah dengan cekap dan mereka tentu tak dapat tangkap bola tadi. Tapi masalah pulak sebab bola tadi tak dapat bergerak jauh dari tempat 'tuku'. Dengan mudah sahaja dia orang mengelekkan bola tadi tepat kearah tin susu yang dijadikan tuku. Maknanya, mati lah giliran aku. Itulah peraturan permainan ini. Kalau dapat tangkap bola tadi sebelum jatuh ke tanah maka 'ko' lah kumpulan aku, tapi kalau lepas mereka akan cuba gelek kan bola supaya kena kutu tadi, kalu kena maka habislah giliran pemain tadi. Kalau tak, boleh lah teruskan ke pusingan kedua dan seterusnya.

Pusingan kedua pula dipanggil 'tepuk dada'. Iaitu pemukul mengadap kepada lawan melambung bola keatas dan sebelum memukul bola pemain mesti tepuk dada dia dulu. Biasanya pusingan ini tak menimbulkan masalah. Pusingan ketiga agak susah sikit, dipanggil 'wok siku'. Tangan sebelah pemain (kiri taua kanan) akan memeggang tangan yang sebelah lagi melalui belakang dan tangan tu akan digunakan untuk melambung dan memukul bola. Selalunya, pusingan akan menjadi pusingan maut sebab mudah sahaja pihak lawan menangkap bola kerana kesukaran memukul bola akan memudahkan pihak lawan menjangka dan menangkap bola.

Pusingan keempat sangat menyusahkan pemain perempuan, kerana bola mesti dilambungkan melalui bawah lutut. Iaitu dengan mengangkat sikit kaki dan letakkan tangan dibawah lutut dan lambungkan bola keatas sebelum memukul bola tadi. Menyusahkan sebab selalunya pemain perempuan memakai kain batik sarung, memang susah. Pusingan yang terakhir yang merupakan klimak kepada permaianan ini. Pemain cuma perlu melambung bola dan menendang. Biasanya pihak lawan dah tahu bola tadi akan jauh dan akan menunggu ditepi pagar din wok loh. (...sambung besok lah)


Isnin, 20 September 2010

Masihkan Kau Ingat

Petang ni aku dah berazam untuk berenang dengan menyeberangi taliair Mok Jong yang terletak dibelakang Sekolah Menengah tak berapa jauh dari rumah aku. Jauh jugak sebenarnya, lebih kurang 3 KM. Semua kawan-kawan aku dah pandai berenang, cuma tinggal aku dengan beberapa orang lagi yang belum cekap berenang. Mat Sori, Leh, Mat Nor Mayat dan dua tiga orang lagi memang dah cekap berenang. Macam itik lah. Sebenarnya aku dah lama mengidam untuk jadi macam mereka, berenang dengan sebebas-bebasnya. Bukan macam sekarang cuma bermain-main di tepi-tepi taliair yang tohor.

Masa balik dari sekolah tadi aku dan merancang bersama mereka untuk pergi ke taliair tersebut untuk membuktikan bahawa aku akan berjaya menyeberangi taliair sebagai tanda untuk mencapai tahap kecekapan berenang yang sebenarnya. Aku juga telah memasang perancangan supaya kegiatan aku ini tidak dapat dihidu oleh ibubapa dan abang aku. Selepas mandi aku akan ambik beberapa pucuk jambu batu dan sapukan ke mata aku yang merah kerana menyelam supaya jadi normal kembali. Petua ini sebanarnya telah lama aku amalkan dan agak mujarab juga. Cuma masalah supaya tidak diketahui oleh mereka melalui laporan orang-orang kampong yang mengikut mengenali kedua orang tua aku merupakan masalah besar.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga akan melarang dan menghalau aku balik jika bertembong dengan mereka. Tidak pernah timbul soal jaga tepi kain orang kalau mereka mengambil tindakan sedemikian, bahkan bapa dan emak aku memang telah memesan kepada mereka supaya tengok-tengokkan kalau-kalau aku buat kerja yang tak baik. Kalau mereka pukul aku pun, mereka tak akan menyebelahi aku, Silap-silap kena tambah lagi teruk ada lah. Tambahan pulak keluarga aku memang sangat-sangat dikenali oleh orang-orang kampong disebelah sini.

Aku juga telah berangan-angan, bila berjaya menguasai seni berenang di gertak mok jong, aku akan ajak kawan-kawan aku mandi di taliair yang lebih mencabar seperti di gertak Haji Kana. Masa tu, aku menunjukkan kehebatan aku terjun ke taliair dari atas gertak yang tinggi dengan penuh akrobatiknya. Masa tu Pak Dor akan menjadi dengki melihat kecekapan aku berenang dan menyelam sambil mengambil pasir di dasar taliar itu.

Masa yang dinanti-nanti telah tiba setibanya aku di tepi taliair itu, keadaan terkawal tak ada orang disekitarnya. Kawan-kawan aku mula terjun kedalam taliair tersebut. Dengan penuh yakin aku buka baju dan seluar (sensor) terus terjun ke dalam taliair itu dari atas gertak. Seluruh badan dan kepala aku tenggelam kedalam taliair, aku segera menonjakkan badan aku kepermukaan air. Aku mula rasa takut, rasanya terlalu lama untuk sampai kepermukaan air. Sampai sahaja kepermukaan air, aku rasa sangat lega dan bangga atas keberanian aku. Tiba-tiba badan aku mula tenggelam, aku mesti mengapungkan badan dengan cuba menguakkan tangan dalam air. Itu yang diajar oleh kawan-kawan aku. Tapi badan aku semakin tenggelam hingga seluruh badan dan kepala aku tenggelam. Masa tu aku dah mula menelah air 2 atau 3 kali. Rasa takut yang amat sangat mula menyelubungi hati aku. Tiba-tiba terasa rambut aku ditarik. Rupanya ada yang perasan aku mula lemas dan segera manarik aku ke tepi.

Nampaknya cita-cita aku untuk berenang menyeberangi taliair Mok Jong tidak kesampaian untuk kali yang ketiga. Tapi aku berazam untuk terus mencuba disamping memperbaiki skil berenang aku. Aku tahu, Pak Dor akan ketawakan aku jika dia tahu percubaan aku kali ini masih lagi gagal. Aku yakin satu hari nanti, aku akan berjaya menguasai gertak mok jong.... (sambung....)