Rabu, 4 Januari 2012

Ahmad bin Sidik



Kisah ini bukan untuk mengusik jiwa sesiapa atau sekadar meluahkan rasa hati yang hiba mengenangkan arwah yang telah pergi terlalu cepat sedang anak-anak dan isterinya masih memerlukan beliau. Semoga Allah akan menjadikan tempat persinggahan beliau sebagai 'raudah', iaitu taman dari surga dan mudahan Allah akan mencucuri rahmat keatas ruhnya.

Lebih dikenali dengan panggilan
'amat toh', macam orang arab mengambil nama ibu atau bapa sebagai gelaran untuk memuliakan ibu yang mengandungkannya.

Masa kecil beliau merupakan seorang yang terkenal dengan kecekapan dan ketepatan melastik burung. Setiap kali keluar melastik burung jarang beliau pulang tangan kosong, ada saja burung yang berjaya dilastik dan disembelih. Menggunakan tangan kidalnya untuk melastik memang tiada tandingan masa tu, walaupun sebenarnya beliau bukan lah kidal sifatnya.

Memasak juga merupakan bidang yang menjadi kepakaran beliau dalam keluarga kami. Emak selalu mengidamkan masak sayur air beliau. Seingat aku, m
asa kecik dia lah yang menjadi tukang masak di rumah kami, memandangkan emak terlalu sibuk menguruskan perniagaan di pasar selising.


Madrasah Sibyan AKA balasoh tidak dapat dipisahkan dalam hidup beliau bersama sahabat-sahabat sezaman. Tidur berselimutkan tikar plastik di balasoh merupakan aktiviti tetap kami pada masa tu. Nama-nama yang selalu dekat dengan beliau (sekadar menyebut beberapa nama) seperti Duel Pak Li, Mat Nor Mayat, Ajis Bulat, Mat Rhodah, Arwah Pe'i, Rohim, Pe'i, Leh, Mat Sori.....

Zaman persekolahan, tidak banyak cerita yang aku tahu cuma yang paling aku ingat ialah suatu hari di sekolah kebangsaan bukit jawa. Loceng gila dibunyikan, semua murid akan beratur di padang biasanya ada sesuatu yang penting akan berlaku. Aku lihat namanya dipanggil ke depan perhimpunan, dikenakan hukuman rotan kerana kesalahan meceroboh sangkar burung sekolah. Walaupun beliau bukanlah seorang pelajar pintar. Tetapi tahap pendidikan sampai SPM pada itu merupakan tahap pendidikan yang baik.

Dan yang paling penting untuk aku kongsikan bersama, sifat keperibadian yang tinggi seperti suka mengalah kepada adik beradik yang merupakan warisan dari arwah bapa kami, Almarhum Sidik bin Yaacob. Tiada pun tanda-tanda membenci atau dengki dengan kejayaan adik beradik. Dikalangan ahli keluarga, mungkin aku orang paling beliau sayang mungkin kerana aku lebih rapat dengannya masa kecik... kalau dia basuh pinggan aku tukang ambik air di telaga rumah wak loh dan begitulah sebaliknya... Tak mampu lagi menulis kerana air mata lebih laju dari ketipan keyboard....