Jumaat, 20 Jun 2008

Bab 2.3 : Bola Lubang

Aku mula meluaskan kawasan permaian ke kawasan pekan. Rumah Pak Su Weil, Kawasan Pasar (khususnya tempat cina atak jemur getah) dan kawasan rumah awe tok seh. Kalau selama ini aku cuma bermain di kawasan 'blok kampung' je. Rakan-rakan permainan yang baru seperti pazli, pek'in dan lain-lain. Permainan pun dah berubah kepada permainan bola kaki tiga, bola lubang, getah para dan main lawan gambar.

Bola lubang merupakan permainan yang lagi seronok dan mencabar keberanian, mana taknya sapa yang kalah kena baling dengan bola... Permainan bola lubang dimainkan oleh beberapa orang yang akan berlari bila bola masuk lubang. Biasanya bola yang digunakan ialah bola tenis dan perkara yang paling penting, pemain mestilah mendapat persetujuan atau keizinan dari tuan punya bola dulu, baru boleh main sama. Selalunya, sesiapa yang tak sebulu dengan tuan punya bola selalunya tengok je la orang lain main sambil buat muka sardin, sambil mengharapkan belas kasihan dari tuan punya bola.

Mulanya, lubang digali seakan-akan lubang congkak dan garisan kawasan had permaian dibuat. Satu garisan had pemain menunggu dan menggolekkan bola. Setiap pemain akan golekkan bola ke arah lubang, mana-mana lubang yang dimasukki bola dikira dimiliki oleh pemain tadi.

Untuk memulakan, seorang pemain akan menggolekkan bola digarisan had sementara pemain lain menunggu dibelakang garisan. Jika boleh memasuki lubang, pemain yang empunya lubang tu akan secepat mungkin mendapatkan bola dan cuba membaling mana-mana pemain yang dia rasa boleh. Sementara pemain-pemain lain akan cuba berlari secepat mungkin untuk mengelak dari dibaling. Pemain yang empunya bola tadi hanya boleh bergerak dalam kawasan had permainan sahaja manakala pemain boleh la lari mana-mana yang dia suka. Jika ada pemain yang kena baling, satu batu diletakkan dalam lubangnya. Kalau tak, lubang yang empunya bola diletakkan batu.

Permainan akan ditamatkan bila bilangan batu di salah satu lubang mencapai bilangan yang ditetapkan, biasanya sepuluh. Ini lah masa yang paling perit, mana taknya setiap pemain akan membalingkan bola kearah pemain yang kalah tadi. Sakit weh... tapi boleh runding : "kalau kau baling aku perlahan, aku akan baling perlahan bila turn kau"...

Ahad, 15 Jun 2008

Bab 2.2 : Adik Mek, Adik Perempuan Pertama

Akhirnya mak dan ayah termasuklah kami adik-beradik mendapat ahli keluarga perempuan. Selama ini bapa aku sangat teringin untuk mendapatkan adik perempuan, sehinggakan adik lelaki aku diberi nama Fadzilah. Roslina, kami panggil adik Mek sebab dia adik perempuan kami yang pertama. Adek Mek merupakan anak kesayangan mak dan ayah, kami faham dan tak pernah pun kecil hati.

Dengan kehadiran adik mek telah membataskan aktiviti aku selama ini, aku la orang yang diberi tanggungjawab secara tak resmi oleh abang aku untuk menjaga adik mek. Harapkan adik lelaki aku, dia pun belum tentu dapat jaga diri. Ke hulu ke hilir aku dukung adek mek, tapi tak bolehlah lagi menyertai rombongan mandi sungai atau melastik burung. Tapi aku ada idea yang baik, sekali-sekali aku pergi kedai tempat mak berniaga, ambik kuih lebih sikit, pas tu aku antar adik mek dan kuih tadi rumah mok sedara aku, suruh dia bagi makan adik mek kejap. Biasala sampai petang baru aku jemput adik mek, dapat la aku gi merayau... akal mesti jalan beb.

Dalam masa menjaga adik mek, aku juga ada tugas lain, samada angkut air di perigi rumah Din Wok Lah atau kena basuh pinggan mangkut. Ikut giliran dengan abang aku. Air perigi rumah Din Wok Lah merupakan sumber bekalan air kami, sebab perigi kami sendiri belum digali lagi.. Tapi seingat aku perigi yang bapak aku gali depan rumah aku tu... dah ada ke belum.. Sebab masa nak ke Sekolah bapa mandikan aku kat perigi tu..... tak ingat sangat la. Aku rasa adik mek belum dilahirkan lah.

Selepas kelahiran adik mek, 2 lagi adik perempuan aku dilahirkan mengenapkan jumlah adik beradik seramai 10 orang, Ida dan Nani. Bertambahlah beban aku sebagai 'baby sitter'. Seingat aku Nani tak lah begitu membebankan sangat sebab adik mek dah pandai jaga adik, tapi under control la... kena lah monitor juga, ak leh lepas tangan terus. Sebab apa-apa hal terjadi, aku dan abang aku (selalunya aku lah yang kena lebih) akan dipertanggungjawabkan.

Bila ada 3 orang adik-adik perempuan, aku perhatikan mak mula senang sikit. Dah mampu belikan barang kemas kepada adik-adik aku tu. Masa tu mak aku dah memulakan perniagaan sendiri di pasar Selising.

Sabtu, 14 Jun 2008

Bab 2.1 : Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa

Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa, "SKBJ...SKBJ...SKBJ..." tulah kata-kata semangat yang selalu dilaungkan oleh warga SKBJ, bila ada temasya sukan tahunan. Selalunya sekolah ada jemput sekolah-sekolah lain untuk turut serta. Tak pun kalau ada temasya sukan sekolah peringkat daerah. Sekolah Berangan, Sekolah Bukit Abal dan Sekolah Bukit Merbau merupakan musuh tradisi. Kalau kejohanan bolasepak, Sekolah Berangan merupakan musuh yang paling sukar ditewaskan.....

Masa tu semangat meluap-luap, semangat sekolah la... Tapi biasala, aku masa tu tukang sorak je.. tak aktif lansung dalam sukan... mana taknya, asyik main lastik burung je. Kebanggaan tentang sekolah memang tak boleh dipertikaikan...

Cik gu... macam ayah sendiri, takut.. hormat. Kalau kat luar sekolah, pantang nampak cik gu cepat-cepat mengelak dari bertembung... Mana taknya, cik gu masa tu tak kira sapa, silap sikit siapla. Jangan la cuba-cuba nak repot kat ayah... Kena tambah lagi ada la... Tak macam sekarang, budak-budak lansung tak takut dengan cik gu.. mak ayah pulak selalu menyebelahi anak-anak. Mungkin tula sebabbnya, budak-budak sekarang 'agak kurang ajar sikit'.

Satu hari tu, tak silap aku masa tu darjah 3 kot, loceng gila dibunyikan. Semua murid-murid berkumpul di padang. Ntah sapa la nak kena rotan 'public canning'. Tengok-tengok abang aku (amat toh) ada kat atas pentas, kena rotan 2 ke 3 kali. Lepas tu cik gu mengumumkan yang di si abang aku telah menceroboh dan mengambil burung kat dalam taman sekolah. Seingat aku mak ayah tak tahu la benda ni....

Aktiviti masa rehat, ganas. Main karate (tettak). Selalunya kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, 4 hingga 5 orang. Lepas tu bantai la, tak ada undang-undang. Jangan main dengan kayu dah la... nak tendang ke, nak terajang ke, nak karate ke... lantaklah. Baju sekolah, biasa kalau ada tapak kaki kat belakang tu, kira ok la. Budak-budak masa tu kira jahat jugak la, tapi tak sampai macam sekarang.. sampai masuk hospital, ada pulak yang berbunuhan.


Jumaat, 13 Jun 2008

Belalang Goreng

Mungkin ramai ta tahu, belalang goreng merupakan lauk yang paling best... dulu la, sekarang kalau ada lagi, ntah makan ke tak?.. Kumpulan 4 ke 7 orang akan berpakat untuk turun ke sawah untuk menangkap belalang hijau (belalang padi). Selalunya aktiviti ni dilakukan waktu malam, ntah kenapa tak tahu lak aku.... macam tak boleh...Peralatan yang digunakan ialah tangguk jaring, ala-ala tanggung ikan. Hanyun je kat pokok padi tu gerenti dapat punya... Tapi ingat jangan kat pokok keladi pulak.. ada belalang gak.. tapi gatal weh. Botol atau pun bekas yang dibuat daripada beg plastik dan diletakkan buluh sebagai pintu (mulut), masukkan belalang dalam bekas tu.

Tapi perkara yang paling penting ialah pelita, kalau tak de tu jawabnya merabala dalam gelap. ada juga dia orang cerita masa menyuluh belalang tu, ada lah nampak api pelita kat hujung sawah... tapi orangnya tak de, nak tumpang sekaki kot... ntahla tak pernah pulak aku jumpa tu...

Bila sampai rumah, selalunya lewat malam... goreng la dulu belalang tu, secukup rasa saja.. ala macam kita salai daging ke ayam ke... belum boleh makan lagi. Besoknya kita orang pakat-pakat bersihkan belalang tu, buang sayap dia buang apa yang patut la.. baru lah digoreng ala rendang gitu. Ambik masa juga nak goreng ni... liat juga belalang ni.

Apa tunggu lagi, makan dengan nasi la.. peh... sodap, tak payah lauk lain lagi. Tapi jangan belalang yang besar, dah lah keras.. rasanya ntah apa-apa.. kalau sapa-sapa nak cuba, try lah tanya kat mak... Kalau orang kelantan ok la jawabnya... "mana nak cari?", tapi kalau orang KL atau sewaktu dengannya ntah apa la jawabnya... "buang tabiat ke budak ni.."

Selasa, 10 Jun 2008

Bab 2: Alam Sekolah Rendah

Bagi aku darjah 3, barula aku benar-benar rasakan berada di alam persekolahan. Bukan apa sebab tak ingat apa-apa pun masa darjah satu dan dua. Seingat aku darjah dua, aku masih belum faham tentang apa yang aku baca... Peperiksaan akhir tahun darjah dua, format peperiksaan pilihan dimulakan, masa tu aku tanda jawapan semua... A ke B ke C ke... Markah aku masa tu 0. Darjah tiga aku kena turun ke kelas C, kelas paling bangang.

Masa darjah tiga, kita dibenarkan menggunakan pen. Aku pakai pen dakwat cair berjenama 'youth' , dakwat dia dalam botol. Masa cik gu tak de, apa lagi main tembak-tembak pakai pen tu... Ala senang je, hayun je.. keluarlah dakwatnya.. Baju sekolah? habis... kena dakwat pen. Seingat aku, mak dan ayah tak pernah pulak marah... ntahlah, kot aku tak ingat. Lagi pun, selalunya mak dan ayah tak pernah ada kat rumah waktu siang... Mak aku kerja (tolong) mak sedara kat kedai.. bapak aku lak kat sawahla... mana lagi. Nak makan, carila sendiri kat dapur.


Kerja sekolah, ada jugak. Seingat aku, tak pernah tengok buku kat rumah waktu siang... mana letak beg masa balik... nak gi sekolah esok, ambik la kat situ balik. Malam kalau ada kerja sekolah kena hati-hati... lantai rumah aku jarang-jarang... kalau jatuh pensil ke.. tak payah ambik lagi.. mana nak turun, bawah rumah merangkap kandang lembu, tahi lembu la isinya.


Selipar.. kasut.. tak payah, kaki ayam je. Mana-mana pergi tak pernah berselipar. Memang tak de pun... ya la.. hari raya pun mak dan ayah beli baju, seluar dan kasut sekolah.. jimat, lepas raya boleh buat gi sekolah. Selalu jugak la, kaki luka-luka.. mana taknya.. habis belukar dan semak aku redah.. lantik burung. Sepanjang aku menjalankan aktiviti melastik burung ni.. belum pernah dapat lagi.. tangan buta.


Selalunya aktiviti melastik burung ni memerlukan perjalanan yang jauh.. kadang tu sampai "kebun cina", satu kawasan kebun getah milik orang cina kat Bukit Bidang. abang aku , amat sitoh (Ahmad) jadi ketua. Dia memang pakar lastik burung... selalu tak pernah miss.. mesti dapat punya. Selalunya kami berkumpulan, Amat Sitoh, Mat Ghodah, Mat Sori adala dua tiga orang lagi. Lepas lastik burung, kami singgah lah kat tali air.. mandi. 'Ghertah Mok Jong' (Jambatan) merupakan destinasi yang kegemaran kami sebab kat sini ada tempat yang cetek dan dalam. Terjun dari atas jambatan merupakan aksi yang paling best, manakala sesiapa yang dapat berenang menyebangi taliair adalah yang terbaik antara kami. Aku belum lepas lagi nak menyeberang.. main kat tepi je.


Isnin, 9 Jun 2008

Bab 1: Alam kanak-kanak

"Besok aku masuk sekolah", kata-kata yang masih aku ingat semasa bermain di bangunan pasar lama tak jauh dari rumah aku di Kg Selising, Kelantan tahun 1971, 31 haribulan 12. Masa tu aku tak tahu apa-apa tentang sekolah. Baju, seluar, kasut atau beg sekolah masih belum ada dan tak pernah terfikir pun tentang tu, tak macam anak-anak aku semuanya diorang mintak baju seluar 2 pasang siap beg sekolah ada gambar barbie lagi.

Aku yang keenam dari lapan adik beradik, 7 lelaki seorang perempuan yang paling kecil. Mereka juga sama seperti aku persiapan sekolah bukan lah sesuatu yang penting, janji ada. Bagi aku tahun 1971 merupakan tahun yang sukar bagi keluarga ku, tapi sebenarnya tahun-tahun yang telah lepas juga merupakan tahun yang dihimpit kemiskinan. Barang-barang permaian hanyalah dibuat sendiri daripada bahan-bahan yang terbuang seperti tin susu yang dijadikan tayar kereta, buluh kecil dijadikan senapang berpelurukan kertas basah. Rim basikal merupakan permainan yang paling seronok seperti sedang menunggang basikal.

Masa tu aku masih belum pandai berbasikal... mana ada basikal, basikal tua ayah aku ada la. Mandi sungai paling seronok tapi penuh dengan perasaan takut, mana tak kalau dapat tahu dek ayah, jawabnya rotan ke penyapu lidi ke... apa-apa je yang boleh menyebabkan kesakitan.

Esok hari pagi-pagi lagi bapak mengejut dan memandikan aku di telaga depan rumah aku... sejuk. Kanak-kanak lain telah siap berbaju sekolah, mak bawa aku ke kedai cina dekat pasar lama tadi... belikan aku baju sekolah, seluar, kasut dan stokin. Tak ingat pulak sapa yang antar aku ke sekolah, tapi yang pasti jalan kaki je...



Lepas daftar, tinggallah aku kat sekolah. Dengar arahan cik gu, masuk kelas satu 'b'. Aktiviti kat sekolah lepas tu aku tak ingat. Tapi masa loceng rehat berbunyi aku ingat dah boleh balik.. balikla rumah. Sampai kat rumah ada la yang tegur aku cepat sangat balik.....


"lekas lah besar simanja ku sayang, minum lah susu cap junjung....", pagi-pagi lagi iklan radio rumah jiran aku, Din Wok Lah mengiringi perjalanan aku ke sekolah... lalu tepi rumah dia. Biasanya minggu pertama sahaja aku berstokin ke sekolah... lepas tu.. ntah mana aku pun dah ingat.. Seluar baju sekolah sepasang je... seingat aku, lepas balik sekolah tanggal baju je.. seluar sekolah tu lah aku pakai dirumah.. seminggu sekali baru basuh.. entah apa bau pun aku tak tahu.... Tak banyak cerita kat darjah satu yang ingat... So kita lompat la ke darjah 3.