Isnin, 9 Jun 2008

Bab 1: Alam kanak-kanak

"Besok aku masuk sekolah", kata-kata yang masih aku ingat semasa bermain di bangunan pasar lama tak jauh dari rumah aku di Kg Selising, Kelantan tahun 1971, 31 haribulan 12. Masa tu aku tak tahu apa-apa tentang sekolah. Baju, seluar, kasut atau beg sekolah masih belum ada dan tak pernah terfikir pun tentang tu, tak macam anak-anak aku semuanya diorang mintak baju seluar 2 pasang siap beg sekolah ada gambar barbie lagi.

Aku yang keenam dari lapan adik beradik, 7 lelaki seorang perempuan yang paling kecil. Mereka juga sama seperti aku persiapan sekolah bukan lah sesuatu yang penting, janji ada. Bagi aku tahun 1971 merupakan tahun yang sukar bagi keluarga ku, tapi sebenarnya tahun-tahun yang telah lepas juga merupakan tahun yang dihimpit kemiskinan. Barang-barang permaian hanyalah dibuat sendiri daripada bahan-bahan yang terbuang seperti tin susu yang dijadikan tayar kereta, buluh kecil dijadikan senapang berpelurukan kertas basah. Rim basikal merupakan permainan yang paling seronok seperti sedang menunggang basikal.

Masa tu aku masih belum pandai berbasikal... mana ada basikal, basikal tua ayah aku ada la. Mandi sungai paling seronok tapi penuh dengan perasaan takut, mana tak kalau dapat tahu dek ayah, jawabnya rotan ke penyapu lidi ke... apa-apa je yang boleh menyebabkan kesakitan.

Esok hari pagi-pagi lagi bapak mengejut dan memandikan aku di telaga depan rumah aku... sejuk. Kanak-kanak lain telah siap berbaju sekolah, mak bawa aku ke kedai cina dekat pasar lama tadi... belikan aku baju sekolah, seluar, kasut dan stokin. Tak ingat pulak sapa yang antar aku ke sekolah, tapi yang pasti jalan kaki je...



Lepas daftar, tinggallah aku kat sekolah. Dengar arahan cik gu, masuk kelas satu 'b'. Aktiviti kat sekolah lepas tu aku tak ingat. Tapi masa loceng rehat berbunyi aku ingat dah boleh balik.. balikla rumah. Sampai kat rumah ada la yang tegur aku cepat sangat balik.....


"lekas lah besar simanja ku sayang, minum lah susu cap junjung....", pagi-pagi lagi iklan radio rumah jiran aku, Din Wok Lah mengiringi perjalanan aku ke sekolah... lalu tepi rumah dia. Biasanya minggu pertama sahaja aku berstokin ke sekolah... lepas tu.. ntah mana aku pun dah ingat.. Seluar baju sekolah sepasang je... seingat aku, lepas balik sekolah tanggal baju je.. seluar sekolah tu lah aku pakai dirumah.. seminggu sekali baru basuh.. entah apa bau pun aku tak tahu.... Tak banyak cerita kat darjah satu yang ingat... So kita lompat la ke darjah 3.

Tiada ulasan: