Bagi aku darjah 3, barula aku benar-benar rasakan berada di alam persekolahan. Bukan apa sebab tak ingat apa-apa pun masa darjah satu dan dua. Seingat aku darjah dua, aku masih belum faham tentang apa yang aku baca... Peperiksaan akhir tahun darjah dua, format peperiksaan pilihan dimulakan, masa tu aku tanda jawapan semua... A ke B ke C ke... Markah aku masa tu 0. Darjah tiga aku kena turun ke kelas C, kelas paling bangang.
Masa darjah tiga, kita dibenarkan menggunakan pen. Aku pakai pen dakwat cair berjenama 'youth' , dakwat dia dalam botol. Masa cik gu tak de, apa lagi main tembak-tembak pakai pen tu... Ala senang je, hayun je.. keluarlah dakwatnya.. Baju sekolah? habis... kena dakwat pen. Seingat aku, mak dan ayah tak pernah pulak marah... ntahlah, kot aku tak ingat. Lagi pun, selalunya mak dan ayah tak pernah ada kat rumah waktu siang... Mak aku kerja (tolong) mak sedara kat kedai.. bapak aku lak kat sawahla... mana lagi. Nak makan, carila sendiri kat dapur.
Kerja sekolah, ada jugak. Seingat aku, tak pernah tengok buku kat rumah waktu siang... mana letak beg masa balik... nak gi sekolah esok, ambik la kat situ balik. Malam kalau ada kerja sekolah kena hati-hati... lantai rumah aku jarang-jarang... kalau jatuh pensil ke.. tak payah ambik lagi.. mana nak turun, bawah rumah merangkap kandang lembu, tahi lembu la isinya.
Selipar.. kasut.. tak payah, kaki ayam je. Mana-mana pergi tak pernah berselipar. Memang tak de pun... ya la.. hari raya pun mak dan ayah beli baju, seluar dan kasut sekolah.. jimat, lepas raya boleh buat gi sekolah. Selalu jugak la, kaki luka-luka.. mana taknya.. habis belukar dan semak aku redah.. lantik burung. Sepanjang aku menjalankan aktiviti melastik burung ni.. belum pernah dapat lagi.. tangan buta.
Selalunya aktiviti melastik burung ni memerlukan perjalanan yang jauh.. kadang tu sampai "kebun cina", satu kawasan kebun getah milik orang cina kat Bukit Bidang. abang aku , amat sitoh (Ahmad) jadi ketua. Dia memang pakar lastik burung... selalu tak pernah miss.. mesti dapat punya. Selalunya kami berkumpulan, Amat Sitoh, Mat Ghodah, Mat Sori adala dua tiga orang lagi. Lepas lastik burung, kami singgah lah kat tali air.. mandi. 'Ghertah Mok Jong' (Jambatan) merupakan destinasi yang kegemaran kami sebab kat sini ada tempat yang cetek dan dalam. Terjun dari atas jambatan merupakan aksi yang paling best, manakala sesiapa yang dapat berenang menyebangi taliair adalah yang terbaik antara kami. Aku belum lepas lagi nak menyeberang.. main kat tepi je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan