Rabu, 5 Oktober 2011

Keda patti, panggung Q & keda merket

3 khazanah yang begitu sinonim dengan zaman kanak-kanak aku keda patti, panggung Q dan persekitaran keda merket yang belum diupgradekan. Mungkin kerana masa yang sempat aku nikmati terlalu singkat bersama khazanah yang 3 ni. Mungkin ada orang lain mempunyai versi mereka sendiri.

Seingat aku, hanya sekali aku menonton wayang di panggung Q. Itu pun masuk free.. ada teknik dan tektiknya, kita cuma perlu tunngu kat depan pintu panggung tu, bila ada orang dewasa masuk seorang apalagi kita pun mencelahlah dengan dia. Budak-budak tak kena tiket kot masa tu...entahlah. Masa tu aku tengok cerita 'belang bertanda'...ataupun 'loceng maut'. lupa pulak. Tapi bab promosi panggung memang klasik, dia orang akan pusing kampong mengedarkan iklan (sakela) tentang cerita yang akan main nanti. Budak-budak memang akan kejar van yang mengedarkan sakela tu. Keadaan panggung masa tu... tanah tanpa simen atau apa-apa jenis lantai pun. Tinggi dibelakang dan makin rendah kedepan. Tiket paling murah dop depan la.. Bila nak balik lepas tengok wayang tu merupakan cabaran yang paling kuat. Mana taknya, jam 11 malam. Takut kat anjing liar lain kat hantu lain... Memang rasa nak menangis sementara sampai rumah. Dan satu lagi, seingat aku mok dan chek aku tak pernah marah pulak....

Keda patti merupakan satu-satunya pusat kafeteria yang ada masa tu. Keda tepi sekali Kak Nik jaroh jual mee, abe nor jual mee jugak, tengah sikit keda dia. Yang paling special ada kedai menyediakan perkhidmatan radio gram, 20 atau 50 sen selagu-tapi aku tak berapa nak ingat keda sapa. Keda arwah abe nan pun ada jugak, tapi tak ingat lokasi dia. Satu lagi paling unik, ada keda baiki basikal diantara keda-keda makan. Meriah, memang meriah dan hidup. Pelanggan dari kg lepah membawa ke kg berangan dan gong jering selain dari pelanggan selising.

1 Kedai No.1 = Haji Mat Toso - Jual ko Pak Do Haji Soh (Kak Nik Jaroh), No. 2 = Abe Nor, No. 3=Che Loh Radio Gram - Jual ko Tok Imem Berangan, No.4 = Haji Mat Salleh (Ayah Norlie), No.5=Kedai Basikal Aden, No. 6= Mat Dan.

Keda merket atau pasar selising la ni la. Persekitaran yang awal akhir 70an. Keda jual ike diletakkan disebelah alek naik keda ada sebuah perigi yang digunakan oleh peraih ike dan penjual daging. Disebelah ilir keda ada pulak satu bangunan yang terkenal dengan juadah apong bali.k, sapa tak kenal apong pok amik. Sebelah lek jatuh pulak ada 2 perigi buta cino cabang dan cino mek su...entah kenapa perigi tu memang aku tak lupa, apa taknya selalu benar aku masuk mencari getah wak modal nak main bidah para nanti. Dihujung sebelah lek hilir sebelah lek naik warung pok amik tempat buang sampah tak resmi...ada pokok labu yang subur..kalu tak paka kasut jangan nak gi main situ...penuh dengan kaca. Dan disebelah alek hulu keda ada pulak 3 palang panjang atak jemur getah... best jugak main berabbat atas tu. Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tentang 3 khazanah ni... idea pulak tak da. Kena la imbas kenangan lamo tu....Kalau pak do ada bersama FB ni, mungkin cerita ni lebih menarik lagi.. mungkin ladin nuawi boleh sambung.

Nota: 1 Rujukan : Norlie Salleh, Terima kasih banyak.

Isnin, 3 Oktober 2011

Durian Besar Depan Rumah

Depan rumah aku ada sebatang durian besar 2 semeluk. Durian yang menjadi peningkatan tok chik. Masa musim berbuah, buah durian akan menjadi rebutan antara saudara-saudara kami di 3 buah rumah. Maknanya, bila buah luruh sapa yang cepat gi ambik buah tu dia lah yang punya.

Bestnya bila terdengar buah luruh maka berlari lah masing-masing untuk mencari buah yang luruh tu. Ada juga abang-abang aku yang buat nakal, membaling buah nyior waktu malam.. Nanti ada lah yang datang mencari buah yang tipu tu.

Satt malam hujan lebat telah menyebabkan batang durian tu patah.. lepas dari tu tiada lagi durian tu berbuah. Moral dalam cerita ni, kepekatan dalam keluarga tetap terjaga walaupun tiada perjanjian secara rasmi. Cukup cuma wasiat secara lisan sahaja. Tetapi sekarang ni, kalau tak ada hitam putih akan berlaku macam-macam karenah dalam merebut harta pusaka. Alangkah mulia dan amanahnya orang-orang zaman dulu....

Bila sakit dan demam

Hari ni aku diserang selsema dan demam. Fikiran dan memori mula menjelajah beberapa tahun dulu. Tiba-tiba terkenang pada suatu ketika di kedai selising. Masa tu aku demam. Meriah betul kedai selising masa tu. Jelas pandanganku dari pintu rumah Yu ramai orang dari segenap kampung sekitar datang berurusan di kedai selising. Hari iini ada pertandingan lumba kuda di padang selising. walaupun aku tak dapat menyaksikan perlumbaan tersebut tetapi dua tiga lepas sempat juga aku datang melihat-lihat gelagat pemilik kuda bersama kuda mereka menjalani latihan.

Meriah sungguh hari tu. Sampai sekarang pun tiap kali aku demam pasti kenangan hari tu akan bermain di fikiranku.

Selasa, 21 September 2010

Masihkah Kau Ingat II - bola awa

Riuh rendah laman rumah aku dengan gelagat geng permainan 'bola awa'. Sekali-sekala habuk tanah depan rumah berterbangan bila mereka cuba menangkap bola yang dipukul semasa pusingan pertama permainan ini. Aku bersama 4 orang kawan berjaya diundi memulakan perlawanan manakala 5 orang lagi yang menjadi lawan akan menunggu bola yang dipukul dan mereka akan cuba menangkap bola tersebut untuk 'ko' kan lawan, maknanya kami semua akan dikira mati dan pasukan lawan akan mengambil alih tempat kami. Daripada pusingan pertama, iaitu dengan membelakangkan lawan bola dilambung sikit dan dipukul kebelakang hingga ke pusingan akhir iaitu dengan menendang bola macam penjaga gol 'kuda bola'. Biasanya pusingan terakhir paling klimaks, apa taknya gerenti bola tadi akan sampai ke dalam perdu buluh rumah din wok loh.

Giliran aku 'bowwak' bola pusingan pertama. Macam mana aku buat, kalau pukul keatas mesti betul-betul kuat supaya mereka tak dapat tangkap. Nanti habis pulak kumpulan aku. Tapi aku bukannya kuat sangat, lainlah kalau mat sori atau duan pok su derani. Mereka memang kuat kalau bab memukul bola atau memeko (membaling) buah macang atau buah pauh. Aku lambung sikit bola tadi dan memukul kebawah supaya bola jatuh ketanah dengan cekap dan mereka tentu tak dapat tangkap bola tadi. Tapi masalah pulak sebab bola tadi tak dapat bergerak jauh dari tempat 'tuku'. Dengan mudah sahaja dia orang mengelekkan bola tadi tepat kearah tin susu yang dijadikan tuku. Maknanya, mati lah giliran aku. Itulah peraturan permainan ini. Kalau dapat tangkap bola tadi sebelum jatuh ke tanah maka 'ko' lah kumpulan aku, tapi kalau lepas mereka akan cuba gelek kan bola supaya kena kutu tadi, kalu kena maka habislah giliran pemain tadi. Kalau tak, boleh lah teruskan ke pusingan kedua dan seterusnya.

Pusingan kedua pula dipanggil 'tepuk dada'. Iaitu pemukul mengadap kepada lawan melambung bola keatas dan sebelum memukul bola pemain mesti tepuk dada dia dulu. Biasanya pusingan ini tak menimbulkan masalah. Pusingan ketiga agak susah sikit, dipanggil 'wok siku'. Tangan sebelah pemain (kiri taua kanan) akan memeggang tangan yang sebelah lagi melalui belakang dan tangan tu akan digunakan untuk melambung dan memukul bola. Selalunya, pusingan akan menjadi pusingan maut sebab mudah sahaja pihak lawan menangkap bola kerana kesukaran memukul bola akan memudahkan pihak lawan menjangka dan menangkap bola.

Pusingan keempat sangat menyusahkan pemain perempuan, kerana bola mesti dilambungkan melalui bawah lutut. Iaitu dengan mengangkat sikit kaki dan letakkan tangan dibawah lutut dan lambungkan bola keatas sebelum memukul bola tadi. Menyusahkan sebab selalunya pemain perempuan memakai kain batik sarung, memang susah. Pusingan yang terakhir yang merupakan klimak kepada permaianan ini. Pemain cuma perlu melambung bola dan menendang. Biasanya pihak lawan dah tahu bola tadi akan jauh dan akan menunggu ditepi pagar din wok loh. (...sambung besok lah)


Isnin, 20 September 2010

Masihkan Kau Ingat

Petang ni aku dah berazam untuk berenang dengan menyeberangi taliair Mok Jong yang terletak dibelakang Sekolah Menengah tak berapa jauh dari rumah aku. Jauh jugak sebenarnya, lebih kurang 3 KM. Semua kawan-kawan aku dah pandai berenang, cuma tinggal aku dengan beberapa orang lagi yang belum cekap berenang. Mat Sori, Leh, Mat Nor Mayat dan dua tiga orang lagi memang dah cekap berenang. Macam itik lah. Sebenarnya aku dah lama mengidam untuk jadi macam mereka, berenang dengan sebebas-bebasnya. Bukan macam sekarang cuma bermain-main di tepi-tepi taliair yang tohor.

Masa balik dari sekolah tadi aku dan merancang bersama mereka untuk pergi ke taliair tersebut untuk membuktikan bahawa aku akan berjaya menyeberangi taliair sebagai tanda untuk mencapai tahap kecekapan berenang yang sebenarnya. Aku juga telah memasang perancangan supaya kegiatan aku ini tidak dapat dihidu oleh ibubapa dan abang aku. Selepas mandi aku akan ambik beberapa pucuk jambu batu dan sapukan ke mata aku yang merah kerana menyelam supaya jadi normal kembali. Petua ini sebanarnya telah lama aku amalkan dan agak mujarab juga. Cuma masalah supaya tidak diketahui oleh mereka melalui laporan orang-orang kampong yang mengikut mengenali kedua orang tua aku merupakan masalah besar.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga akan melarang dan menghalau aku balik jika bertembong dengan mereka. Tidak pernah timbul soal jaga tepi kain orang kalau mereka mengambil tindakan sedemikian, bahkan bapa dan emak aku memang telah memesan kepada mereka supaya tengok-tengokkan kalau-kalau aku buat kerja yang tak baik. Kalau mereka pukul aku pun, mereka tak akan menyebelahi aku, Silap-silap kena tambah lagi teruk ada lah. Tambahan pulak keluarga aku memang sangat-sangat dikenali oleh orang-orang kampong disebelah sini.

Aku juga telah berangan-angan, bila berjaya menguasai seni berenang di gertak mok jong, aku akan ajak kawan-kawan aku mandi di taliair yang lebih mencabar seperti di gertak Haji Kana. Masa tu, aku menunjukkan kehebatan aku terjun ke taliair dari atas gertak yang tinggi dengan penuh akrobatiknya. Masa tu Pak Dor akan menjadi dengki melihat kecekapan aku berenang dan menyelam sambil mengambil pasir di dasar taliar itu.

Masa yang dinanti-nanti telah tiba setibanya aku di tepi taliair itu, keadaan terkawal tak ada orang disekitarnya. Kawan-kawan aku mula terjun kedalam taliair tersebut. Dengan penuh yakin aku buka baju dan seluar (sensor) terus terjun ke dalam taliair itu dari atas gertak. Seluruh badan dan kepala aku tenggelam kedalam taliair, aku segera menonjakkan badan aku kepermukaan air. Aku mula rasa takut, rasanya terlalu lama untuk sampai kepermukaan air. Sampai sahaja kepermukaan air, aku rasa sangat lega dan bangga atas keberanian aku. Tiba-tiba badan aku mula tenggelam, aku mesti mengapungkan badan dengan cuba menguakkan tangan dalam air. Itu yang diajar oleh kawan-kawan aku. Tapi badan aku semakin tenggelam hingga seluruh badan dan kepala aku tenggelam. Masa tu aku dah mula menelah air 2 atau 3 kali. Rasa takut yang amat sangat mula menyelubungi hati aku. Tiba-tiba terasa rambut aku ditarik. Rupanya ada yang perasan aku mula lemas dan segera manarik aku ke tepi.

Nampaknya cita-cita aku untuk berenang menyeberangi taliair Mok Jong tidak kesampaian untuk kali yang ketiga. Tapi aku berazam untuk terus mencuba disamping memperbaiki skil berenang aku. Aku tahu, Pak Dor akan ketawakan aku jika dia tahu percubaan aku kali ini masih lagi gagal. Aku yakin satu hari nanti, aku akan berjaya menguasai gertak mok jong.... (sambung....)

Khamis, 19 Ogos 2010

Tok Chik Yaakob

Dua tiga hari ni...dalam facebook budak-budak Selising, banyak gambar lama yang penuh dengan sejarah dan memori di upload termasuklah gambar Tok Ayoh. Tapi hari ni aku dok teringat ko arwah Tok Chik Yaakob, atuk aku sebelah ayah... mana la nak cari gambar dio.

Seingat aku lebih kurang tahun 70'an ke akhir 70'an arwah ni balik ke kampong selepas lama merantau mencari rezeki sebagai Tukang Rumah. Lama jugak dia duduk dengan kami di rumah lama. Kemudian dia bina rumah dekat madrasah sibyan. Sebenarnya tak banyak cerita tentang arwah ni yang aku tahu, cuma aku selalu datang rumah dia. Sebelah kiri rumah dia ada kebun sayur... pokok limau dan jambu merupakan objek yang aku selalu ingat, entah kenapa. Aku juga selalu minta duit bila nak bayar yuran sekolah, masa tu keluarga kami sangat daif hingga yuran dan keperluan sekolah hampir tak mampu disediakan.

Satu perkara yang selalu berkaitrapat dengan arwah ialah sepupu aku kat Pahang, Kamarulzaman... kembar aku. Rupa dia sebijik (soyok tepek) dengan rupa aku. Dia muda setahun dari aku. Bila dia datang ke Selising, dua tempat jadi singgahan keluarga nya iaitu rumah Tok Chik Yaakub dan rumah kami. Bapa dia, arwah Ibrahim merupakan adik ayah aku. Sayangnya aku tak dapat bayangkan bagaimana keakraban mereka berdua. Tapi aku tahu dan dapat aku rasakan bahawa arwah ayah aku (Sidik) sangat sayang kepada arwah Ibrahim. Selalunya arwah mok akan bercerita tentang arwah Pak Da Him seorang yang alim dan kalau dia azan memang sedap sungguh.

Ahad, 25 April 2010

MOHAMAD ZAINI BIN SIDIK


Hujan lebat dari pagi di kampung Selising... Hampir magrib petang tu Jini (Mohamad Zaini) baru balik dari sawah, dengan muka sedih.."Padi habis tenggelam dek air bah...". Tu la detik-detik yang masih ingat sekitar tahun 70an. Jini merupakan satu-satu abang aku yang berkerja di sawah bersama ayah aku. Selain itu, beliau juga menjaga kerbau-kerbau milik mok sedara mok aku (Yu Tino).

Jini merupakan anak yang ketiga dari keluarga aku. Berbadan besar, lebih kurang 6 kaki kot merupakan seorang insan mulia yang sanggup berhenti sekolah semata-mata mahu memberikan peluang kepada kami adik beradik dapat meneruskan persekolah. Sebenarnya, aku sendiri hampir tercicir dari persekolahan kerana dihimpit kemiskinan. Tapi aku rasa pelik juga, sebab walau kehidupan kami miskin tetapi peralatan sekolah aku selalu cukup dan belanja sekolah pun cukup....

Tak banyak sangat cerita tentang dia yang aku ingat masa tu... cuma satu peristiwa yang aku tak boleh lupa, masa tu Jini panjat pokok jambu depan rumah aku, berebut denga abang aku lagi sorang, Jidin (Mohamad Nazidin). Bila dapat buah jambu tu, dia letak dalamn poket baju... Jidin ambik galah (buluh) dan dijoloknya buah jambu dalam poket baju Jini tadi... tapi bukan buah jambu yang jatuh, tapi darah jini. Buluh tadi dah tertusuk dagingnya... Itulah peristiwa yang ganas, yang aku ingat antara mereka berdua.

Jini merupakan orang yang banyak membantu keluarga kami keluar dari kemiskinan, dia sanggup berulang-alik ke Singapura untuk bekerja membantu kedua ibu dan ayah kami. Selalunya dia akan membawa balik peralatan-peralatan canggih seperti radio cassette, video player dan macam-macam lagi.. Dia juga mempunyai kemahiran dalam menjahit baju dan seluar. Dia pernah bekerja di kedai menjahit baju di kedai selising. Dia pakar membuat topi dan vest dari guni gandum... masa tu guni gandum dibuat dari kain.

Kini, dia tiada lagi. Kami kehilangan seorang insan berhati mulia, seorang abang yang bagaikan lebah... jauh merantau mencari bunga untuk dibuat madu supaya kami adik beradik tidak kehausan dan kelaparan. AlFatihah.